Friday, July 15, 2005

Harry Porter dan Putera Separuh Darah

I'm going to blog this in Malay, inspired by Michael Ooi.

Bukan, ia bukan ejaan yang senjaga disalahkan bagi Porter. Menurut laman web Utusan Online, Harry Porter putar belit Kristian - Pope, begitulah ia dieja.

BERLIN 14 Julai - Ketua Gereja Roman Katholik, Pope Benedict XVI menyifatkan kandungan novel Harry Porter sebagai memutarbelitkan ajaran Kristian, demikian komen yang dibuat oleh beliau kepada seorang penulis Jerman.

Gabriele Kuby yang pernah menulis sebuah buku berjudul Harry Porter- Good or Evil menerbitkan petikan-petikan daripada dua pucuk surat yang ditulis oleh Benedict XVI ketika beliau masih seorang kardinal pada 2003.

Dalam petikan berkenaan, Benedict XVI memuji tindakan Kuby kerana cuba menyedarkan orang ramai terhadap unsur-unsur tertentu dalam buku itu yang memutarbelitkan ajaran Kristian.

Katanya, ajaran Kristian hanya akan dapat berkembang jika elemen-elemen negatif seperti yang wujud dalam novel itu dapat dikawal.

Pemimpin Gereja Roman Katholik itu kini sedang bercuti di Alps.

Sebelum ini, Vatican pernah memberikan pandangan positif terhadap Harry Porter sambil menjelaskan, ia membantu kanak-kanak membezakan unsur baik dan jahat.

Siri keenam novel Harry Porter yang berjudul Harry Porter and the Half-Blood Prince dijangka diterbitkan pada 16 Julai ini dengan jutaan naskhah buku tersebut dipasarkan ke seluruh dunia. - Reuters


dan sumber asli berita tersebut, Reuters : Pope disapproves of Harry Potter, letters suggest

Apakah jenis kewartawanan ini? Macammana mereka boleh membuat kesilapan yang amat mudah untuk salah satu novel yang paling laris di dunia? Bagi sebuah akhbar yang dikatakan sebagai pejuang bangsa dan negara, kesilapan ini tidak patut berlaku sama sekali. Saya tidak tahu bagaimana keadaan dengan versi cetaknya. Kalau mereka fikir - 'Alah, takpe punya, ejaan salah satu je takpe kan...lagipun bukannya kita paham sangat ejaan nama omputeh. Semuanya OK!', maka ini amatlah dikesali. Kalau kita lihat satu contoh, seperti perkataan 'perkasa' yang amat diheboh-hebohkan mereka, kalau dieja 'perkosa' adakah ia diterima? Sebagai contoh yang mudah, 'Kita perlu perkasakan wanita' disalah eja menjadi 'Kita perlu perkosakan wanita' pada halaman pertama, saya tidak pasti apakah reaksi pembaca nanti. Sure heboh, kan?


Harry Porter and Putera Separuh Darah (versi Utusan Malaysia-Sureeee....Heboh!!!)

Saya bukanlah pakar bahasa atau pakar sastera, malah tidak terlibat dalam bidang kewartawanan. Tetapi kalau kesilapan yang mudah ini berlaku dalam satu akhbar bahasa kebangsaan yang dibaca berjuta-juta pembaca, keadaan ini amatlah memalukan sama sekali.

Critism aside, there are really people by the name of Harry Porter, for example Dr. Harry Porter, a director of the Administration of Justice program at Mississippi College, another academician Dr. Harry Porter III and an obscure actor.

To request for a translation in English, kindly drop me an e-mail*. * Subjected to time and availability of the e-mail's addressee. Thank you.

No comments: