Monday, August 20, 2007

Harian Metro and Berita Harian Continue To Demand A Pound of Flesh From Wee Meng Chee/Namewee

Both on last Saturday the 18th. Taiko covered the one by Berita Harian, and here's the news by Harian Metro:

Namewee kontroversi lagi
Oleh Junita Mat Rasid dan Ahmad Fitri Che Musa

Lagi lagu 'Namewee' bermesej negatif
CD bahasa Mandarin bertajuk Carta Hits Pasar Malam dikesan di Muar

MUAR: Belumpun selesai isu menghina lagu Negaraku, Wee Meng Chee atau ‘Namewee’ kini mungkin berdepan satu lagi masalah apabila sebuah lagu hasil kreativitinya didakwa turut bermesej negatif dan kini boleh didapati dengan mudah melalui cakera padat (CD) yang dijual di pusat beli-belah di sini.

Lagu bertajuk Kawanku/My Friends dihasilkan dalam rentak rap menggabungkan lirik tiga bahasa iaitu Mandarin, Malaysia dan Inggeris didapati mempunyai mesej negatif terhadap orang Melayu.

CD dalam bahasa Mandarin bertajuk Carta Hits Pasar Malam yang dijual dengan harga RM7 sekeping itu mengandungi lagu Negarakuku dan Kawanku/My Friends, turut memuatkan 19 lagu lain dendangan penyanyi terkenal Hong Kong, Taiwan, Korea, Singapura dan Amerika Syarikat, termasuk Gwen Stefani, Linkin Park dan Goo Goo Dolls.



Lagu Kawanku/My Friends dinyanyikan Wee atau Namewee selama empat minit tujuh saat dan lirik yang dinyanyikan dalam bahasa Malaysia adalah:

Cakap lagilah
Cina balik China
Kalau semua balik ah
Sini bukan Malaysia
Saya takut mana kamu pergi
cari kerja
Tapi biasalah orang Melayu pun
tak suka kerja
Semua masuk hutan
hidup macam Sakai
Mahu main gitar pun takde
kedai buka
Mahu jadi Mat Rempit pun takde motosikal
Kurang satu holiday kerana takde Tahun Baru Cina
Jangan gaduh lagilah
Budak buka kepala
Negara ini bukan satu bangsa saja
Cina babi
Jangan cakap lagilah
Tapi cakap betul ha
Bah kut teh sangat sedaplah
Bahasa Melayu saya cakap macam tahi
Tapi ini ialah saya punya betul feeling
Sudah lima puluh tahun
Tiap-tiap hari tidur
Tengok hadapanlah
2020


CD itu dipamerkan secara terbuka kepada pembeli, malah lebih mengejutkan apabila lagu hasil nukilan pelajar dari bandar ini yang sedang menuntut di sebuah universiti di Taiwan itu turut diperdengarkan kepada pelanggan tanpa rasa bersalah oleh pekerja kedai terbabit.

CD itu turut menampilkan gambar Meng Chee yang digelapkan dan ditandakan tulisan Cina menggunakan dakwat merah yang bermaksud diharamkan.

Bahagian bawah kulit muka hadapan CD itu tertera tulisan Cina yang bermaksud istimewa untuk Wee Meng Chee, tajuk lagu Negarakuku dan tajuk lagu Kawanku/My Friends.

Tinjauan mendapati pekerja kedai itu tergesa-gesa mematikan lagu berkenaan apabila melihat pandangan tidak senang pelanggan, tetapi apabila ada yang bertanya, mereka memberitahu lagu itu antara lagu dimuatkan dalam CD gabungan ramai penyanyi.

Tinjauan dan pemeriksaan di beberapa lagi kedai CD serta kaset di sekitar bandar ini bagaimanapun mendapati, setakat ini hanya sebuah kedai menjual CD berkenaan.

Isu lirik lagu Negaraku yang diubah Namewee dengan tajuk ‘Negarakuku’ mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan lagu kebangsaan selain menghina polis, wanita bertudung dan azan.

Sebelum ini, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, kementeriannya sedang mengumpul cadangan untuk dikemukakan kepada Peguam Negara dalam usaha menyekat perbuatan mencerca, memperkecilkan dan memberi gambaran buruk terhadap lagu kebangsaan.

Mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1965, seseorang itu boleh didakwa jika didapati berniat mempermain, menghina dan mencerca Negaraku serta menimbulkan kemarahan orang dengan mempertikaikan lagu itu.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan proses undang-undang terhadap Meng Chee diteruskan walaupun pelajar itu sudah meminta maaf secara terbuka, Selasa lalu.

Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, jemaah menteri yang membincangkan perkara itu secara panjang lebar pada mesyuarat kelmarin berpendapat pelajar berkenaan tidak boleh terlepas daripada hukuman jika dia melanggar undang-undang.

Read the 'reactions'. Woah! Coming from sexist 'bocor' MPs themselves:

>Reaksi

KERAKYATAN pelajar yang menghina lagu Negaraku perlu dilucutkan kerana perbuatannya sangat serius dan langsung tidak menghormati negara.

Kalau hilang seorang rakyat seperti ini pun tidak merugikan. - Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof

SEKIRANYA tiada tindakan sewajarnya diambil ke atas Meng Chee, mungkin akan wujud lagi Meng Chee kedua dan seterusnya, kerana orang lain akan mengambil kesempatan untuk melakukan perbuatan seumpama itu. - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin

PERBUATAN Meng Chee seperti meludah ke langit dan jatuh ke muka sendiri kerana menghina negara sendiri.

Kalau kita hina negara sendiri, negara lain tidak akan hormati kita kerana lagu Negaraku menjadi lambang kedaulatan negara. - Ahli Parlimen Larut, Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar


Someone said that he's coming back today. And there's actually a forum on him by PKR tonight.

No comments: