Tuesday, December 04, 2007

Tales From The Perak Health Department

Just in case you overlooked what is happening on the Malay vernacular papers.

Tale 1: Husbands encouraged to fondle examine wives' breasts more.

Suami digalak periksa payu dara isteri

IPOH 3 Dis. - Suami digalakkan memeriksa payu dara isteri untuk membantu mereka mengesan tanda-tanda kanser payu dara bagi membolehkan penyakit berbahaya itu dirawat lebih awal.

Timbalan Pengarah Kesihatan Perak, Dr. Ahmad Nordin Mohd. Jais berkata, memeriksa payu dara isteri oleh suami merupakan amalan baik dan patut diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, suami merupakan individu paling rapat dengan isteri pasti boleh mengesan sebarang perubahan fizikal pada tubuh pasangannya termasuk kelainan buah dada mereka.

‘‘Kalau suami benar-benar sayangkan isteri, dia sepatutnya membantu memeriksa buah dada isteri mereka untuk mengesan tanda-tanda kanser payu dara sebelum penyakit itu meragut nyawa.

‘‘Ini kerana suami lebih mudah melihat kelainan pada buah dada isteri berbanding jika isteri melakukan pemeriksaan sendiri di hadapan cermin,” katanya semasa berucap pada Forum Awam Kesedaran Kanser Payu Dara di Kompleks Rawatan Harian Hospital Ipoh di sini hari ini.

Forum tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perak, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Ahmad Nordin berkata, bagi membolehkan suami mengetahui cara-cara pemeriksaan payu dara yang betul, mereka digalakkan menyertai atau menemani isteri menghadiri seminar tentang kanser payu dara yang kerap diadakan oleh pihak hospital.


Tale 2: Tube left in man's urinary bladder 'a normal procedure'


Saari terkejut penjelasan Jabatan Kesihatan Perak

BUTTERWORTH 3 Dis. – Warga emas, Saari Awang terkejut dengan penjelasan Jabatan Kesihatan Perak yang mendakwa tindakan dua doktor Hospital Seri Manjung meninggalkan tiub di dalam pundi kencingnya baru-baru ini, sebagai satu ‘prosedur biasa’.

Saari, 58, berkata, kenyataan tersebut seolah-olah menggambarkan tiub sepanjang 30 sentimeter itu sengaja ditinggalkan di pundi kencingnya yang menyebabkan dia menderita kesakitan setiap kali membuang air kecil.

Malah, katanya, doktor di sebuah hospital swasta di sini yang bertanggungjawab mengeluarkan tiub itu dari perutnya Khamis lalu, yakin terdapat kesilapan sehingga menyebabkan bahan itu tertinggal di dalam pundi kencingnya.

“Jadi saya tidak nampak di mana rasionalnya penjelasan ini, adakah pihak hospital cuba menjelaskan bahawa benda (tiub) itu sengaja dipasang untuk menyakitkan diri saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini, menyiarkan kisah Saari yang terkejut selepas mengetahui kesakitan yang dialaminya setiap kali membuang air kecil sejak dua bulan lalu rupa-rupanya, berpunca daripada tiub yang tertinggal dalam pundi kencingnya.

Tiub plastik itu ditemui sepasukan doktor yang merawat Saari di Pusat Perubatan Bagan (PPB), di sini selepas lelaki itu dikejarkan ke pusat berkenaan Khamis lalu, kerana mengadu tidak dapat membuang air kecil.

Saari mendakwa, bahan berwarna kekuningan itu dipercayai tertinggal ketika dia menjalani satu pembedahan kecil yang dikendalikan dua doktor pelatih di hospital berkenaan September lalu.

Akhbar hari ini memetik Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Abdul Razin Ahmad sebagai berkata, tindakan meninggalkan tiub ke pundi kencing pesakit dianggap prosedur biasa untuk memudahkan pesakit membuang air kecil.

No comments: