Wednesday, May 07, 2008

Heaven, Hell and Figure of Speech

Here's the transcript where Kit mauled SIL like a tiger.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Rembau.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Mohon penjelasan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Tak bagi pengajaran.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Saya cuma mohon penjelasan daripada Yang Berhormat daripada Ipoh Timur, sama ada Yang Berhormat setuju bahawa penentuan siapa yang akan masuk ke syurga ataupun neraka, itu sebenarnya di bawah kuasa Tuhan atau Allah s.w.t, dan bukan untuk kita menentukannya. [Tepuk]

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Yang Berhormat dari Rembau, graduated daripada Oxford, dia tentu tahu itu expression. [Dewan riuh] Itu pun tak faham! Mahu menjudges satu religious fundamentalis. Ini, kenapa? Dulu dalam Oxford, apa buat? Kita tahu whole of life Yang Berhormat dari Rembau bukan? Apa itu heaven or hell?...

[...]

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Let’s talk friendly, friendly. Okey, the point is sebagaimana kata Yang Berhormat dari Rembau dan ini rakan-rakan kita daripada PAS pun, setuju, ini orang agama semua ni. Nak hantar orang pergi syurga, pergi neraka ni kuasa Allah s.w.t. Setuju tak? Diam. Diam!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Itu bukan pengesahan!

Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ha...jadi...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Itu adalah satu helah untuk ucap sahaja. Bukan penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Teruskan, teruskan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Di sini kita bukan bincang mengenai agama, syurga atau neraka. Ini satu expression bahawa mereka yang membunuh, pembunuh Altantuya patutlah dikenakan tindakan sehabis-habisnya. Bukan pergi hell atau heaven. Kalau ini pun tak faham! Apa graduation daripada ex-Oxford? It’s a great in Oxford University. [Tepuk]


[Source: pg 40-42, Hansard Dewan Rakyat Bil. 5 Selasa 6 Mei 2008]

Too bad Daddy-in-law wasn't there to give him protection, eh?

No comments: